Saturday, May 12, 2012

Aku dan azam aku

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Ada apa dengan aku dan azam aku? Azam aku kali ni berbeza sedikit dengan azam aku yang sebelum ni. Tapi aku masih mahu teruskan azam lama aku iaitu ingin memiliki sebuah kereta untuk keluarga aku supaya senang mau hantar mak aku ke klinik.
Gambar di atas pun sudah berwarna-warni. Begitulah juga harapan aku untuk tahun 2013 nanti. Semoga hidup aku dan keluarga aku dipenuhi dengan keceriaan, kegembiraan dan penuh dengan kesyukuran.

Antara azam aku untuk tahun 2013 ialah:
1. Aku mahu tolong keluarga aku.
2. Aku mahu jadi matang.
3. Aku mahu beli sebuah kereta (yang affordable of course)
4. Aku mahu belikan mak aku barang-barang dia.
5. Cukuplah. Jangan banyak-banyak nanti tidak kesampaian sendiri kecewa.

** Semoga tahun 2013 lebih baik dari 2012 dan dimurahkan rezeki yang halal. Amiin

Saturday, May 5, 2012

Aku dan 2012

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Alhamdulillah.. Terdetik di hati untuk menulis sesuatu di blog ni. Kekangan masa dan idea membuatkan aku jarang sekali untuk membuat sebarang entry tapi hari ni..saat ini..detik ini.. aku cuba untuk menulis serba sedikit. 

Sekarang kita berada di penghujung tahun 2012. Bagi aku tahun 2012 ini adalah tahun yang sangat bermakna dalam hidup aku. Banyak perkara berlaku dalam hidup aku dalam tahun ni. Semoga semua perkara yang berlaku itu sedikit sebanyak mematangkan aku.

Dalam tahun 2012 ayah kesayangan aku pergi ke rahmatullah. Sedekahkan Al-fatihah untuk arwah. Sejak pemergian arwah aku cuba untuk kuat dan tabah dengan setiap dugaan yang mendatang. Aku tidak nafikan terlalu banyak dugaan dan sehingga ke hari ini aku masih berusaha untuk bangkit dan perlahan-lahan selesaikan semuanya. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan ketabahan untuk berdepan dengan segala ujianMu. Amiin

Alhamdulillah, dalam tahun 2012 ini jugalah dengan izinNya aku telah selamat bergraduat dan sekarang aku tengah bekerja di salah sebuah syarikat di Kota Kinabalu. Semoga dimurahkan rezeki halal buat aku, keluarga aku dan semua umat Islam di muka bumi ini. Amiin

Dan... dalam tahun 2012 ini aku telah belajar tentang sesuatu yang disebut sebagai C.I.N.T.A.. Aku tidak mengalaminya tapi aku tahu serba sedikit mengenainya daripada pengalaman orang-orang di sekeliling aku. 

Semoga tahun 2013 akan datang membawa lebih banyak pengalaman manis dalam hidup aku. Sekian sahaja coretan aku untuk kali ini. 

Terima kasih kerana sudi membaca!