Saturday, May 12, 2012

Aku dan azam aku

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Ada apa dengan aku dan azam aku? Azam aku kali ni berbeza sedikit dengan azam aku yang sebelum ni. Tapi aku masih mahu teruskan azam lama aku iaitu ingin memiliki sebuah kereta untuk keluarga aku supaya senang mau hantar mak aku ke klinik.
Gambar di atas pun sudah berwarna-warni. Begitulah juga harapan aku untuk tahun 2013 nanti. Semoga hidup aku dan keluarga aku dipenuhi dengan keceriaan, kegembiraan dan penuh dengan kesyukuran.

Antara azam aku untuk tahun 2013 ialah:
1. Aku mahu tolong keluarga aku.
2. Aku mahu jadi matang.
3. Aku mahu beli sebuah kereta (yang affordable of course)
4. Aku mahu belikan mak aku barang-barang dia.
5. Cukuplah. Jangan banyak-banyak nanti tidak kesampaian sendiri kecewa.

** Semoga tahun 2013 lebih baik dari 2012 dan dimurahkan rezeki yang halal. Amiin

No comments:

Post a Comment