Monday, December 31, 2012

Aku dan cinta?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Selamat pagi semua! Alhamdulillah masih diberikan kesempatan untuk bangun di hari ini. Aku tiba-tiba teringat tentang kawan aku yang sudah berpunya dan hampir setiap pagi dia bertelefon dengan boyfriend dia. Kawan aku kata benda tu sudah menjadi rutin hidup dia. Aku tidak dapat bayang aku berada di tempat dia dan bergayut setiap hari. Kalau bergayut makin tinggi tidak apa juga sekurang-kurangnya ada hasil. Mungkin ini juga salah satu petanda yang aku memang masih tidak bersedia untuk bersama dengan someone. Sooner or later, hati ini akan terbuka juga untuk mencintai dan dicintai. Huhu!

Tidak dinafikan memang indah bila tengah bercinta sebab ada orang yang prihatin dan menyayangi kita. Secara tidak langsung, sebagai perempuan kita akan rasa 'sense of security'. Tapi tidak kurang juga ada antara mereka yang mengambil kesempatan terhadap pasangan mereka. Maksud aku mengambil kesempatan macam memeluk dan memegang tangan pasangan mereka sedangkan mereka belum lagi halal untuk semua itu. 

Apa itu cinta? Bagi aku cinta itu indah, mendamaikan sekeping hati dan kekal abadi; semestinya itu adalah cinta kepada Allah. Cinta terhadap manusia pula apabila kita menerima dia seadanya, sentiasa ada untuk dia ketika susah dan senang dan sentiasa berusaha untuk menjaga hati masing. Cinta tidak pernah memaksa tapi inginkan kita untuk lebih berusaha. Cinta itu akan hadir dengan sendirinya tanpa mengira masa, siapa, di mana.

Kadang-kadang aku terasa ingin dicintai dan mencintai. Aku suka bila orang prihatin tentang aku dan selalu ada untuk aku dikala susah dan senang. Ada orang kata aku ni terlalu jual mahal tapi sebenarnya aku tidak pernah jual mahal cuma lelaki tu tidak pernah berusaha mendekati aku. Kalau betul mahu bersama aku, kenapa tidak berusaha dan yakinkan aku yang kau betul-betul serius sukakan aku? 

Orang selalu keliru tentang minat, suka, sayang dan cinta. 

Cinta
Kita mahu dia jadi milik kita, terima segala kelebihan dan kelemahan dia dengan sepenuh hati, sanggup buat apa sahaja untuk menjaga hati dia dan sentiasa berusaha untuk kekalkan hubungan yang ada.

Sayang
Kita mahu dia sentiasa ada di saat kita susah dan jadi pendengar setia masalah kita. Sayang ini selalu wujud dalam kalangan sahabat rapat kita. 

Suka
Kita suka dia atas kebaikan yang ada pada dia. Contohnya: Aku suka dia sebab dia baik dan menghormati orang lain.

Minat
Kita meminati dia kerana dia sangat menarik. Dia cantik @ tampan, kaya, jaguh sukan dan sebagainya. 

Namun begitu, harus kita ingat bahawa tanpa minat, suka dan sayang kita tidak akan pernah merasakan CINTA. Begitulah istimewanya cinta. Kita perlu bersyukur jika kita telah menemui cinta sejati kita. Cinta kepada manusia haruslah seiring dengan cinta kita kepada Allah. Jika cinta kepada manusia bertambah, biarlah cinta kita kepada Allah bertambah berkali ganda lebih lagi. 

Akhir kata, dalam hidup ini kita sangat-sangat memerlukan cinta kerana tanpa cinta kita ibarat hidup dalam kegelapan yang penuh dengan kesunyian dan kesedihan. Cuma cepat atau lambat sahaja perbezaannya. Cintai Allah dan Allah akan mengurniakan seseorang yang mencintaiNya juga untuk kita. In shaa Allah. 

p/s: Terima kasih kerana sudi membaca blog aku. Wallahu 'alam.